Soalan lazim.
Maklumat ringkas tentang cara jemputan digital berfungsi.
Bagaimana saya mula mencipta kad?
Pilih reka bentuk dalam koleksi, kemudian isi nama pasangan serta butiran majlis dalam editor. Pratonton berubah semasa anda menaip.
Bolehkah saya berkongsi jemputan melalui WhatsApp?
Pratonton menyediakan pautan perkongsian WhatsApp. Pautan demo hanya tersedia pada peranti yang menyimpan draf; penghantaran jemputan awam memerlukan backend dan penerbitan sebenar yang belum diaktifkan.
Adakah saya boleh mengutip RSVP?
Borang RSVP demo menyimpan jawapan dalam pelayar yang menghantarnya sahaja. Jawapan belum disegerakkan kepada pemilik kad. Pengurusan RSVP sebenar memerlukan penyambungan kepada API.
Bilakah saya akan dikenakan bayaran?
Tiada pembayaran boleh dibuat dalam versi ini. Pakej yang dipaparkan ialah cadangan harga awal; checkout Billplz belum disambungkan.
Adakah data saya disegerakkan antara peranti?
Draf yang belum dibayar disimpan pada peranti anda. Jika anda mendaftar akaun dan memilih Simpan draf ke akaun, draf disimpan di pelayan dan boleh dilihat selepas log masuk dari mana-mana peranti.